Sunday 15 May 2011

bertukar blog..

saya dah beralih kepada blog lain..
jemput untuk melawat..

Friday 13 May 2011

mahu bertukar wajah.. agk kecewa dngn proses blogger ni.. post ade tf hilng.. hurm..

Friday 22 April 2011

maafkan aku.. ya akhwat..

afwan ya sahabt.. maafkan aku. nmun, ketahuilah.. fahamilah.. aku juga sperti manusia lain. tidak lari dari perasaan marah dan kecil hati. nmun jangn kau mengambil hati. ini jahiliah dari aku. sesungguhnya, diri ini masih bnyk jahiliah yg tertanam di dasar hati.. aku msih juba mencabutnya, secara perlahan lahan. aku cuma mengharp belas dari mu.. fahami aku yg masih jauh ketinggaln ini.. aku marah bkn kerana kamu cuba membetulkan dri ini.. mengapa aku harus marah? aku berbangga..! kerana allah memilihmu mnjadi perantaraan antara kita.. aku berbangga.. kerana masih ada insan yg memandangku.. nmun, aku cuma mengharp belas dri mu.. memahami aku kmbli.. krana mungkin ati ini dilahirkan dengn sift yg mdah tersntuh, maka.. truslh mghdpku mngataknnya.. krana aku tidk mmpu menerima bntuk kiasan.. afwan ya akhwat.. ini jahiliah ku.. maafkn krana kikhilafn ini.. aku tidak mahu butir butir jernih ini ada lagi diantara kita ya akhawat..

adab menegur..

Rasulullah bersabda;
المسلم من سلم المسلمين من لسانه ويده
"Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan(atau menyejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya(percakapan) dan tangannya"


ADAB MENEGUR (DO’s and DON’T)

1 : Adab memulakan teguran, Panggillah dengan apa-apa gelaran yang sesuai, berhentilah merendah-rendahkan orang lain, teruskan berkongsi kerana ia sangat penting buat kita. Panggillah Abang (bagi yang sudah halal ikatannya), Pakcik, Makcik, atau apa jua panggilan sekalipun yang melembutkan hati kepada mereka yang lebih tua. Juga panggillah Anakku, cahaya mataku, Ibuku, ayahku, atau jua kesukaan yang mententeramkan jiwa kepada jiwa pemuda-pemudi kita. Agar keduanya tidak terabai dari menerima kebaikan dari manfaat ditegur.

2 : Alternatif baik: sampaikan idea dalam teguran.
Contohnya memulakan ayat seperti “Sahabat, ana fikir sepatutnya begini begini…”
Ataupun dalam bentuk cerita atau qias yang LOGIK. Jangan terlalu memberi contoh yang meriakkan diri anda dan jangan terlalu menekankan isu remeh temeh. Jika perlu juga ditegur, janganlah terlalu mendesak sehingga mereka rasa terpaksa dan bosan.

3 : DON’T : ‘Holier than thou’ / ‘Gua’ lagi mulia dari ‘lu’. Amat menakutkan sekali golongan ini yang menegur dek kerana memikirkan diri itu mulia. Iya, mungkin ada benarnya kata-kata seseorang yang menegur, tetapi harus di ingat bahawa kita tidak mungkin mulia jika niat kita terpesong sedari awal.






Bukankah ALLAH swt ada berfirman dalam surah Al-Hujuraat ayat 13;
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Lalu mana kita tahu amalan siapa yang lebih tinggi darjatnya? Mana kita tahu amalan siapa pula yang diterimaNya. Jadi, diingatkan di sini agar kita buat usaha kita sebagai manusia (salah satunya tanggungjawab menegur ini) dan tinggalkan urusan selebihnya kepada Allahu subhanahu wa ta’ala (ALLAH yang maha Haq menilai iman dan taqwa seseorang).
TEGURAN DAN JIWA BESAR, SABAR DAN HUSNUDZON YANG TINGGI
Teguran itu ada kaitannya dengan penerimaan hati dan jiwa. Manusia berhubungan dengan perasaan. Perlu tulus dan ikhlas. Lainnya, perlu banyak sabar dan bersangka baik terhadap orang yang ditegur. Jelas dahulu dengan kekusutannya, baharu disusun kata dalam nasihat.Di sini selalunya timbul masalah apabila kita kurang sabar dalam memerhati perubahan seseorang setelah di tegur.
Contohnya isu yang bertunas dikalangan para daie dan badan jemaah, apabila seorang ahli punya nilai yang sedikit lemah seperti dalam cara beroganisasi atau permasalah umat yang bertunjang kini iaitu pemakaian. Ramai yang pasti mengutuk ‘kedegilan’ mereka untuk menerima teguran sedangkan mereka hidup dalam jemaah yang roh tarbiyyahnya kuat.
Mengulas sedikit tentang isu ini, terdapat ulasan dari Syeikh dr. yusuf al-qardhawi bahawa;




'Mereka yang berpenyakit hati (cinta dunia) ini seperti pesakit yang menghdp suatu penyakit. Lalu tentu penyakit dan ubatannya berbeza mengikut jenis dan tahapnya. Namun bg pesakit apa yang lbh penting sbnrnya adalah perhatian para doctor (pengamal perubatan) yang memberi motivasi, sabar dalam mengubati dan hemah dalam berhadapan dengan pesakit. Lalu para daie, haruslh belajar memahami situasi penyakit hati dan bersabar srta berhemahlah dalam mengubati'
Seorang ahli ilmu balaghah pernah berkata yang di petik di dalam buku La tahzan karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni:

Janganlah kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda ketahui kemuliaannya, dan yang pernah anda ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah melakukan suatu kesalahan.’
Oleh itu cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya; pertimbangkanlah ia dengan pandangan yang objektif; dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu. Sesungguhnya pertimbanganmu terhadapnya dan penilaianmu kepadanya akan membantumu untuk mendapatkan apa yang engkau inginkan dan membuatmu bersikap penyantun terhadap orang yang berbuat kesalahan.”
TegurlahNak menegur tidak salah, malah diperintah agama!

Dari surah Al-Asr,
“Dan mereka pula berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”
Hadis riwayat Muslim,
“Agama itu nasihat”

Dua dalil ini menunjukkan nasihat itu tuntutan agama. Tapi nasihatlah dengan tawaduk dan rendah diri. Buangkan ego dan buruk sangka.
Sabarlah…Akhir sekali saya ingin katakan pada sahabat-sahabat saya yang saya sayang, sabarlah…

Sabarlah kerana memang inilah janji Allah. Inilah sunnatullah terhadap sang pejuang. Biarlah kita ini pejuang bak debu, kadang kala hadirnya kita hanya menyusahkan yang lain, dek kerana debu itu melekat-lekat di pakaian dan kenderaan sang pejuang besar, tapi sekurang-kurangnya kita mendapat berkatnya sang pejuang itu.
Sabarlah…

Nabi pernah digelar gila, dilempar najis dan batu. Kita sekadar sedih dikata macam-macam. Jangan dilayan kemuncup di tengah jalan. Ingat pesan Tuan Guru. Perjuangan kita ini tidak akan tercabut kerana tunjangnya Islam. Janganlah terlalu rakus mengharap perubahan insani. Berilah mereka ruang berfikir dan tegurlah dengan berhemah. Supaya kita tidak dibenci, benci yang menyebabkan kita hilang ruang untuk terus menegur. 
 
 
 
 *terima kasih untk yg menegur ku, namun afwan kerana aku juga manusia biasa.. yg tidak lari dari perasaan marah dan negatif.. nmun aku mncuba.. untk mncabut jahiliah ini.. ku berharap. aku mmpu memahmi jiwa seseroang sblom menegurnya.. kerana.. kata kata itu ibarat pedang.. yg mampu menusuk ke hati manusia jika salh penggunaannya.. ya allh.. kuatkn aku mnjadi seorang yg berlapang dada.. lemahnya aku.. afwan ya akhwat..

Friday 1 April 2011

pengorbanan guru

kelmarin.. baru lah tahu menjadi guru mmg sangt sukar.. selama ni, asyik ckp kije cikgu lah yg pling senang.. pagi pi ngajar, petang blik umh.. dak sekolah cuti, kite pon ikot cuti.. tp, kelmarin.. smuanya membuka mataku. melihat seorang guru mengalirkan air mata demi pelajarnya.. sesungguhnya aku terkedu. die menangis kerana memikirkan bagaimana caranya utk meningkatkan potensi pelajarnya, bagaimana untk mnjdikan pelajarnya pelajar terbaik.. jika aku ditempatnya... adakah aku msih mampu bertahn? besarnya pengorbanannya.. tettiba tringt ngn cikgu2 yg pernh ngajr aku dlu.. kompem bnyk air mata dah ngalir.. nk ngajar budak nakal lah katekan.. nak2, cikgu tadika.. besar nye pengorbanan cikgu fauziah.. bersabar dengan keletah aku.. dari x leyh membaca... skunk ni, bukan stakat abjad.. hanzi cina pon dah bleyh bace2 skek2.. time kaseh cikgu.. skunk ni... ttbe nk pasang niat.. nk study tol2.. adeh.. x sanggup tengok cikgu pening kple tiap hari pikir care nk tolong kiteowng.. asenye,, die dah ckp bnyk tolong. tp kiteowng trutamanya aku, lagi menyusahkn die..adeh.. pelajar x bagus tol..  so pasni.. insyaallah.. nak cuba brubah.. hiihih.. thnks wang yuan yuan laoshi..

ukhwah

lame sudah x berblog. berhabuk dah ah.. bukan apa.. agk bz sebenarnya sejak kebelakangn ni.. buat ape? hurm.. nth lah.. rasenye kelas same je ngn sem sem lepas.. tp rasenye mase x cukup sangt.. mungkin aku tlah diuji dengn masa.. hurm.. 

berbalik pada tajuk rini, uhkwah.. ape tuh ukhwah? hurm.. cm sisterhood or brotherhood je lah kan? kenal2, kawan2.. dah.. tu dah kire cm ukhwah lah tuh.. 

cooppp!!! ye ke cm tuh? sebenrnya ukhwah lebih dari tu. bukan stakat hanya saling bantu membantu,kongsi susah senang dan  bende bnde asas je.. cam ni lah.. pernh x kite ase kalau kite berpisah ngn kawn baik kite, walaupun berpisah untk jangka masa yg pendek jew.... kite jadi sunyi.. dan ttbe ase rindu glew kat die.. pernah? alhamdulillah.. tp sape yg x pernh ase ag.. jgn wisau.. erti sahabt tu dah ade dlm dri.. cuma erti usrah tu blum tol2 ag basah dlm ati masing2.

sebenrnya kan, ade hadis yg menyebut ttng ukhwah ini, iaitu hadith yg ke 13. "tidak sempurnalah iman seseorang sehingga dia menyayangi temannya sepertimana die menyayangi dirinya sendri.. TENGOK! hebat kan erti persahabatan atau ukhwah ni..

okeyh! berbalik pda uhkwah td.. ukhwah itu adalh satu jalinan persaudaraan. persaudaraan ats apakah? persaudaraan akn wujud apabila hati dan roh2 dihubungkan dengn ikatn akidah{ hubungan yang paling ampuh dan berharga}. persaudaraan juga adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.

hah tahu x! rasa kasih sayang yang pling rendah ialah berlapang dada(bersikp terbuka) dn pling tinggi ialah utamakn orng lain(itsar). {al hasyr:9}. tahu x makne itsar? itsar nih adalh kite dahulukan owng dalm buat ape saje.. cnthnyew, time tu kawn kite lapaw. tp kat tngn kite ade sebungkus je roti. so, kite bg dia makn dlu, tu adalh itsar..

satu lagi.. orng mukmin dengn  mukmin yang lain umpama bangunan yg saling kuat memperkuat antara satu sama lain.  "dan orng2 yg beriman,lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bg sesetengah yg lain..{at taubah:71}

kesimpulannya.. ukhwah yg betol adalah tatkala ada ujian, dua dua pihak akan terkesan dan merana olehnya. sebenrnya, selagi x diuji, mana nak tahu kuatnya tautan ukhwah antara kedua duanya.. satu lagi.. bila ade kengkawan yg tengah sedih atau kecik ati, secara automatik pihak yg sebelah tu pon leyh trase yg kawn die ni ngh bersedih.. 

so? kat mane kite skang? adakh kite benar2 berukhwah dengn kengkawn kite?

Friday 25 March 2011

Aku Tak Mahu Suamiku Berdosa | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Aku Tak Mahu Suamiku Berdosa | iluvislam.com + discover the beauty of islam