Monday, 18 October 2010

Madah Imam Syafie
  "Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan.
Tetapi  adalah masa yg berlalu & tidak akan kembali lagi.
Kelmarin yg luput menjadi  secangkir kenangan.
Kelmarin yang luput mengukir sesalan. yang ada hanya hari ini  & akan datang.
Gunakan hari ini sebaik mungkin kerana esok belum tentu  milik kita.
sedangkan semalam telah pergi buat selamanya"

Sunday, 17 October 2010

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).




eorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran"

“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”



*kredit to
http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=4fa2cq1nl6kvpgs9egshifcut0&topic=9954.0

Tuesday, 12 October 2010

siang dan malam..

ku dongak keatas..
melihat langit yg kelam..
luas trbntang..
tiada siapa yg tahu ukur lebar nya..
ko dongak ke ats lagi..
kali ini cahaya matahari mnjdi sasarn..
argh! silau siot!
mlm yg dingin..
ku dongak ke atas lagi..
kali ini..
langit x sebiru td..
mathari sdah tiada!
kacau hati ku..
mencari cari...
dimana chaya itu?
kekiri.. ke kenan..
masih tidak trlihat..
nmun hati ini ttba2 trdetik..
cantek glew!
kulihat di ats langit yg kelam di sana..
ada satu benda.berbentuk bulat..
yg apabila di pndang..
ditenung dengn mata,..
sangt tenang..
sangt cntek..
tidak sesakit apabila memandang mathari..
ia..
ditemani kerdipan-kerdipan bntng.. 
menarik!
tp ada satu perkara yg tidak dapt di phmkn lagi dengn akl ku yg kecik ini..
bagaimana siang bisa bertukar malm?
yg cerah bertukar gelap?
apakh ini?
"ankku.. inilah fitrah dunia..
hasil dari kehebatan penciptaMU..
dia jadikan matahari menerangi siang..
dan jadikan bulan peneman malm yg kelam..
indah bukan?
bersyukr lah ankku..
kerana kamu masih di beri peluang..
merasai nikmat2 yg tlah DIA kurniakn..
taat pada nya.. dan jauhi larangnNYA..
INGATLAH.."
ibu kuberpesan..