Thursday, 20 January 2011

cinta

lumrah remaja.. cinta mmg mnjadi kejaran. tidak terlalu melenih sekiramya aku katakn, cinta bagi remaja adalh stu kemsestian dan keperluan. benarkah? tahukah kita apa ertinya cinta yg sebenar? adkah ia seprti yg kita gmbarkan? yg kita sangkakan? fikirkan lah...

..............................................................................

4 tahun mengulam cinta dan kasih dengannya, membuatkan aku merasakn tnpa dia. hidupku tidak bermakna. indahnya hari hari bersamanya, tidak dapt ku gambarkan melalui prasaan..yang ku tahu, dia adlh untk ku, dan aku adalh untknya. kami sudah berjanji untk stia. sehingga ke jinjang pelamin.

stiap hari, walaupun sdah berjumpa di sekolah , namun sebaik sahaja pulng dari sekolah, aku akn ttp menunggu panggilan darinya. biasalh.. cinta pertama kan. dia mmg baik. pelajaran aku meningkat,. malah, stiap pagi akn kejutkan aku dri subuh, stiap msj nya juga akn diselitkan dengn pengetahuan pengetahuan islm..sumpah rasa bertuah dpt dia.
................................................................................
"awak, kita dapt tawran belajar lah. apa pndapt awak?" aku menghubungi dia untk bertanyakn pendapt.
"pegi lah awak. ni kan masa depan awak. awak pon mmg nk kan bnde ni smua. jngn lepaskn peluang nih. kita masih boleyh berhubung kan? tp, jgn awak cri yg lain taw" die hanya ketawa kecil.. aku tahu, dalm tawanya ada amaran disitu. dia mmh ikhls padaku.. aku juga mahu mnjdi surinya, suatu hari nnti.

dua blan aku disini, mmberi impak yg sngt besar dalm hidupku. benar kata orang.. x kenal mka tak cinta. selepas menerima ajkan lisa tempoh hari, aku menemui sesuatu yang baru. tarbiyyah yang diberikan, benar benar membuka mataku. mereka mengajrkan aku begitu banyak ilmu. dan yang pling aku kesali, aku terlambat untk menyedari kekhilafan aku.

butanya aku.. lemahnya aku. demi meraih cintanya, aku meletakkan DIA di tngga kedua. aku sanggup melakukan apa sahaja untuknya, namun untukNYA, aku akn berfikir beberapa kali. aku terlalu asyik dengannya, sehingga aku lpa pada DRINYA. YA ALLAH..

sedar bahwa cinta yg disemai selama ini haram, aku berusaha mengumpul segala kekuatanku. mengadapnya dan berterus terang kpanya. aku rasa ini lah saatnya..
"awak, kita cuti sok. kita ada hal lah nk ckp ngn awak. boleyh jumpa kita x sok?" terketar ketar aku menekan butang send. disaat itu, jiwa aku hancur. benar. aku sayng kepadanya. nmun, aku harus kuat. kerana sayanglah, aku melakukan perkara ini. saat itu, aku rasakn masa seolah olah mati. lima minit slepas itu, telefon ku berbunyi. ya! dia! mesej nya ringkas., "baik, jumpa awak kat tmpat biasa. rindu awak!"

aku tahan dalam dalam nafasku. kupejam rapat rapat mataku. YA ALLAH, kuatkan aku. demi cinta MU, aku ikhlas melepaskannya. bantulah aku YA ALLAH. ditikar sejadah itu, aku memohon. mengumpul segala kekuatan utk berdepan dengan nya esok.

"awk, sya mahu hentikan smua nih.saya dah tak mahu ada ikatan apa apa dengan awak.tolonglah lepaskan saya. awak, saya sedih. saya baru tahu. couple itu haram awak. kita sudah melanggar larangan ALLAH. awak sedar x?"

"apa awak kata? putus?! tidak! awak tahu kan betapa saya cintakan awak. lagipun, kita bkn mcm couple copule yg lain. cuba awak ckp. ada x saya pernh sentuh2 awak? buat bnde x senonoh ngn awak? even pegang tangn awak pon x pernh kan? kan?. awak jgn buat cm ni pada saya. tolong lah"

"awak, mmg awak baik pada saya. awak jaga saya, jaga solat saya. tp ini ttp salah awk. mulanya, mmg saya rasa apa yg kita lakukan skang betol, dapt redhaNYA,. tp awak, saya silap.. ia ttp slah awk. mmg kita tidak lakukan apa apa, namun awk sedar x? kita juga mengalami zina hati. setiap saat saya tringtkn awak, rindukan suara awk.. itu zina hati awak!ALLAH berfirman: jauhilah zina . tp kita? kita mndekati zina awak. zina hati sangt bahaya. tolong lah faham. saya lakukan ini kerana saya sayngkan awak. saya x nk kerana saya, awk juga diseret ke neraka. "

"ahhh!!!!! sayang konon! 4 tahun kita bercinta. dan kerana sayang, awk mintk putus? lpakn sgla kengan kita? mcm tu awak kata sayang?" die mnjerit lalu meninggalkanku trkebil kebil sendirian.

"malam tu, aku ambik keputusan mnghantar email padanya:
Aku tinggalkan dirimu padaNya



Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

(Allah Maha Adil)

[Hud: 56]
usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar aku tercipta untukmu

tiada apa yang dapat menghalangnya

sebelum saat itu tiba

berdoalah pada Allah moga diberikan kpda kau kekuatan

mohonlah padanya dengan penuh mengharap


dan, Yakinlah pada janji Allah

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)

[An Nur: 26]

mengertilah .. aku lakukan ini kerana aku benar2 tidak mahu , kerana aku.. kau juga ditarik keneraka

sudah ckup kita bergelumang dengan dosa

benar, aku dan kamu pernah khilaf

namun masih tidak terlambat untuk kita memperbetulknnya 

mari sma2 membaiki dri.. aku yakin kau juga bisa 

benar, pada awlnya perit, namun yakinlah

ALLAH sentiasa bersamamu

hidayahnya besar..  kau perlu berusaha untk mndptkannya

aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang menyedarinya sebelum terlewat

sekiranya aku bisa, aku yakin kau juga bisa


Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar
cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu 
dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Surah An-Nur:35)



Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan, 
kekecewaan, 
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

butang send aku tekan. berharap dia disan memahami niatku. bukan berlagak suci namun ini tanggungjawbku. aku redha dengan perpisahan ini. aku yakin, yang tidak disukai kita tidak semestinya tidak baik utuk kita. aku hnya berharap, allah mmbri kekuatan padanya dan padaku. dan aku juga berharap, aku benar benar ikhlas melepaskannya dan trus istiqamah..  


"fahami aku... itu sahaja" desis ku dalam hati.







*marilah kita beriman sejenak. sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang bergelegak.

just nk ingtkan dri yng masih benar benar lemah ini. 

ya allah.. jauhkan aku dari mengejar cinta selain dariMU.. pimpin aku dan sentiasa pegang hatiku.lemahnya aku, hanya KAU yg tahu. tunjukkan aku jln kepada MU. YA ALLAH..amin ya rabbi alamin..



*copy skek dari seorang ukhti.*
^^
     








"TANGAN SI PEMBERI BUNGA AKAN TETAP WANGI"

Wednesday, 19 January 2011

solat jemaah

hari ni. aku gembira sangt2.. berjemaah bersama sama.. seronoknya..melihat se kecil belum apa apa sdah mendahului imam sujud menyembah ilahi.. alhamdulillah.. dia juga tahu.. harap ia akn berkekalan.. bkn hanya utnk sehari dua..

Tuesday, 18 January 2011

SYAHADAH

sepeti remaja remaja lain... aku juga tidak terlepas dri jebakan dunia. ah.. mengapa disalhkn dunia? sudah terang terangan aku yg lemah. "biasalh.. remaja. mmg normal pon de sikp nk mncuba". ayat ini, benar benar memakn diriku sndri.

aku, yg dahulu seorang  ank yg dikagumi.. mnjdi contoh adik adik malah juga kpada anak ank dikawasan kejiranan aku.. mnjdi kebanggan ibu bapaku..aku.. yg dahulu merupakn seorng pelajar terbaik.. seorang plajar yg sering di kagumi kerana kejayaan yg dibawa tidak kira dalm pelbagai bidang.. aku.. yg dahulu seorang yg sangt dikagumi.. ya! aku sngt bangga. aku megah dngn kejayaan ini.

tp itu aku yg dlu. smnjak aku diuji sebegitu hebat, aku sdah berubah. pelajran aku merosot. hidupku kucar kacir. bukan tiada yg cuba mengubatku, mmberi kata semangat padaku, nmun aku sudah berputus asa. benci dengn diriku sekarang! aku disahkan H.I.V POSITIF! tp bukan salhku. smua nya akibat kemlngn itu. aku diberi darah yg mngandungi virus maut itu! SLAH AKU KAH! "aku x layak untk mndaptkn ini!"

"anda hanya ada 6 bulan"kata kata itu sudah cukup mmbuatkan aku mati! aku tidak perlu menunggu slama 6 bulan kerana disaat itu juga.. aku sdh mati! argh!!!
akibat hilang semngt utk trus berjuang, aku mula menjauh dari DIA. aku mencuba segala macam perkara agar diriku puas! arak,dadah, kelb malm, berpeleseran dan pelbagai aktiviti truk, smua aku cuba. asalkan aku bahagia! "ada aku kesah? aku sdah mahu mati!"jeritku.. 

prasaan aku juga seolah olah tlh mati. aku lihat ibu bapa ku menangis.. namun, nth mngpa. aku tidak berasa berslah. mengapa harus menangis pada perkara yg sdah berlaku. pujukan, rayuan.. tidak ku endah. malah, ayah pernh mengurungku. tp, smua itu tidak mmberi kesn padaku. aku seprti mayat hidup sehinggalah pada hari itu..

"anak, bangun nak! mengapa begini nak?" suaranya mmbngkitkan aku dr tidur. "aku tido depan masjid? eh, apa kena ngn pakaian aku nih? kenpa nih?"aku tidak ingt apa apa. yg hanya bermain di kpla ku, smlm aku bersama dia. menari dan menari sehingga satu saat.. kepalaku mmberat dan begini aku pada hari ini., sumpah! malu!

"azan sudah masuk. meh ikut makcik blik dahulu. kita mndi dan bersihkan luka luka tu. meh nak."katanya sambil menghulurkan tangn. aku seprti trpukau. bukan kerana suara itu, namun suara azan itu. sudah lama rasanya aku tidak mndegarnya. ya! sejak aku tahu aku umurku tidak pnjang. sejak itu, aku menutup tlinga dari mndengrnya. tangn yg dihulur ku smbut. berkata ya juga tidak.. mahu menolak juga tidak.. hanya mmpu menurutnya seolah olah lembu dicucuk hidng. 

berjam jam aku cuba mengingtkan kembli perkara smalam. arhg! minda ku separuh sedar. aku yakin.. dia sudah meltakkan dadah padaku smlm. "kejam kamu! kejam!"jeritku dalm hati. dia rakan baikku.. aku percayakannya. nmun, begini dia mmbalasnya. nmun aku puas. dia pasti dijangkiti aku. inilah balasannya.
...................................

dua bulan di rumh makcik limah, aku seolah olah menemui satu cahaya. makcik bnyk mmbantu aku. aku ingt kata katanya: "nak, sedrlah. kita dihidupkan disini bkn percuma. ada bayarannya. kita punyai tugas yg sangt berat sebenrnya,. namun, tidak ramai yg sedar.. dunia ini hanyalah ujian kpada kita. 


"nak,disaat kalimah la illaha illallah muhammadur rasullullah terungkap dibibir, sedar x sedar seseorang tlah mengalami perubahn yg besar dal dirinya.dari seorang kafir, dia bertukar kepada muslim.. dri seorang yg kotor, dia tlh berubh mnjdi seorang yg suci..bahkan.. kekuatan kalimah ini juga mampu mengalahkan kuatnya hubungan darah dan kekeluargaan. apabila si ayah menolak kalimh ini mnkala si ank membenarkannya, maka trputuslah hubungan antara keduanya. ALLAH HU AKBAR! " aku benar-benar terkejut.!

namun, kini aku tersedar. mengucapkannya tnpa mengetahui ertinya ibarat membaca satu baris perkataan biasa yg tiada inputnya.. malah menyebut tnpa melakukan dan mmbuktikn nya ibrat menulis diatas kerts dengn pen yg tidak berdawat. sia-sia. seprti juga jika kita dhaga. dengan berteriak "air! air!"sepnjng hari, rasa haus itu tidak mungkin akn hilang.. namun sekiranya kita berusaha mengambilnya, haus itu akan secara automatik hilang. 

"sedarkah kamu nak?"
"setelah memahami makna kata kata kalimah ini dan mengecamnya didalm benak fikiran kita.. kita secara langsungnya tlah mmbuat komitmen yg sngt besar dihadapn allah dan seluruh dunia..dan kita scara sedar atau tidak.. sebenrnya memikul tanggunggajwab yg besar diatas pundak kita!

tahukah kita,nak!... selpas mengucap la illaha illallah, bererti yg pertama kita tlah mengakui bahwa dunia ini tidak akn wujud tnpa kekuasaan allah dan diatas dunia ini juga tidaklah pula mmpunyai bnyk tuhan. tuhan itu hanya satu,dan tiada yg lain slain Dia. kedua,kita yakin bhwa tuhan kita ini juga adalah tuhan seluruh alam ini. segala yg kita miliki dan apa apa yg wujud didunia ini, hanyalah milikNya. hanya dialah yg wajib kita takuti, pada dialah wajib kita memohon kemahuan dan kehendak kita, dan dihadapnyalah kita wajib menundukkan kepala. hanya dialah yg wajib kita sembh. kita tidak bleh mnjdi penyembah kpada slaindariNya.kewajiban kita sebenranya adalah SEMATA MATA MENTAATI PERINTAHNYA DAN MEMATUHI  SEMUA HUKUMNYA DAN MENOLAK SEMUA PERINTAH DAN HUKUM HUKUM LAIN, SLAIN YG DATNG DARIPADANYA.

muhammadur rasullullah bererti kita menerima muhammad s.a.w sbgai rasul yg menyampaikan hukum allah kpada anda. allah tlah menunjuk muhammad s.a.w sbgai utusannya, utk menerangkan masalh mslah ini dan mengirimkan kitabnya dengn perantaraannya. rasulullah role model kita. baginda hidup menurut aturan yg sesuai dengn perinthnya.disaat kita percaya rasulluah menyampaiikan hukum allah s.wt kpada kita, pada saat itu kita tlah menyatakn kesediaan kita untk mengikuti aturan dn hukum yg dibrikannya dan tarik aturan hukum yg bertentangan."makcik dengan tenang menerangkan lagi..

"dan jika kita masih melnggar hukum allah, kita seolah olah dikira menipu allah, dan sluruh alam yg tlah mnjdi sksi perjanjian kita, dan juga menipu seluruh kaum muslimin. malah, kita juga dikira tlah menipu diri kita sndri."

betapa bnyak aku sudah menipu diriku.. menipu semuanya.. malah, menipu tuhan yg tlah mmberi aku pluang untk hidup didunia ini. mungkin tidak trhitung rasanya. aku malu. aku rasa hina. nasihat itu seolah olah menampar hebat pipiku. betapa hebatnya penciptaku.. betapa pepemurah dan penyayangnya DIA padaku.. betapa besarnya kasih sayang nya pada ku.. dan betapa pemaafnya dia padaku.

namun aku, betapa hina nya aku.. ampunkan aku ya allah..





Thursday, 6 January 2011

"menangislah kamu wahai mata, sesungguhnya api neraka itu diharamkan bg mereka yg menangis kerana takutkan azab allah.."

ingatlah..

dunia ini hanyalah penjara bgi orang islam dan syurga bg orang kafir..

dan, jadi mayat adalah tanda kita keluar dari penjara dunia..

masuk neraka kerana lalat

imam ahmad meriwayatkan suatu hadis dari tariq bin ayihab r.a. bahawa rasulullah s.a.w pernah bersabda kpada paara sahabt..

     "ada seorang lelaki memasuki syurga disebbakn lalat dan ada pula seorang lelaki memasuki neraka kerana seekor lalat."

      para sahabat bertanya , "bagaimana ianya boleyh terjadi, ya rasullallah.?"
    
      baginda menjawab :
 
"dua orang melalui salah satu kaum yg memiliki berhala. dan kaum itu melarang sesiapa sahaja utk meneruskan perjalanan seblm ia mengorbankan sesuatu untuk berhala tersebut"

      mereka berkata kpada salah seorang daripada keduanya,"sembelihlah korban!"
    
      dia menjawab,"kami tidak mempunyai apa apa untuk dikorbankan."

      merka berkata,"sembelihlah korban meskipun hanya seekor lalat."

      maka mereka memberi keizinan kpdanya utk meneruskan perjalanan. itulah orang yg memasuki neraka.kemudian mereka berkata kpda yg seorang lagi, sembelihlah korban!"

     dia menjwab,"aku tidak mahu berkorban apa apa pun untuk sesiapa saja selain ALLAH AZZA WA JALLA". "lalu mereka memenggal lehernya. itulah orang yg masuk syurga"

     kisah ini memberi peringatan kpda kita bahawa menyembelih korban hanyalah untuk allah semata mata. korban selain itu hukumnya syirik..

      sebenrnya, saya nak cite sal "korban" tu. korban ni bkn le melingkupi skop sembelih binatang je. sbnrnya bnyk jew skop2 yg kita leyh kembangkan melalui perkataan korban ini. cnth cm korban masa, korban tenaga, korban duit dan laen laen lagi. tp kenelah tetapkan niat nya.

     rini sebenarnya dah start cuti sem. dua blan lak tuh. lau dlu, saya akn habiskan cuti sek saya utk tengok tv jew, skunk nak cuba ubah. "korban"kan cuti saya untk baca bnde2 yg berfaedah.. rini dapt tugasan baca buku. walaupun saya jenis yg x suka membaca buku, namun saya mahu cuba menjadi seperti orang yg kedua itu, "berkorban" dirinya untk masuk ke syurga. bak kata seseorang ini, kita mmg x suka wat bnde yg kita mmg dari dlu x suka, namun kita x taw. yg bnde kita x suka tu lah kengkadang membawa kebaikan kepada kita. saya akn cuba korbankan tv saya, korea dan yg laen laen untk ini. insyaallah..

Wednesday, 5 January 2011

ALLAH lah yg mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan ALLAH membentangkannya di langit menurut yg DIA kehendaki, dan menjadikannya bergumpal gumpal, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah celahnya, maka apabila DIA menurunkan kpd hamba hambaNYA yg DIA kehendaki, tiba tiba mereka bergembira.,

padahal walaupun sebelum hujan itu diturunkan kpada mereka, mereka benar benar telah berputus asa.
{30:48-49}

"balqis, anda disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. banyakkkan bersabar ya.." ah, kata kata dari doktor sarah masih terngiang ngiang dicuping telingaku.

aku rasakan ia nya tidak adil.. mengapa aku? aku masih mentah.. aku baru mencecah 18 tahun. masih bnyk perkara yg harus ku lakukan.. mengapa aku? YA ALLAH.. mengapa? soalan itu bertubi tubi ku lemparkan.. namun ia nya dibiar sepi tidk berjawab. 

aku mula merasakn dunia ini tidak adil. bukan aku tidak mahu pasrah dengn ujian tuhan, namun aku tidak kuat. mengapa aku yg lemah ini mnjadi pilihan.. aku harus menunggu penderma dalm masa 6 bulan. ah.. 6 bulan terlalu pendek masa nya untuk aku menghabiskan sisa hidupku. 

disaat rakan rakan ku berseronok mengecapi keindahan dunia, menghisap madu2 dunia, aku terlantar tidak bemaya di atas katil hospital. aku semakin hari semakin lemah.. kerap kali keluar masuk hospital. leceh! "manakah penderma itu?" hari hari aku bertanya soalan yang sama. ibu risau melihatku.. aku mnjadi seorang yg pasif.. mnjdi manusia yg menyalahkan takdir.. berputus asa dari mencuba segala jenis rawatn, aku bukan aku yg dlu lagi. aku juga sudah mula jauh dari penciptaku.. aku sedih kerana aku diuji begini.

satu hari, doktor telah mndaptkan penderma. pendermanya meninggal dalm satu kemalangn. aku gembira tidak terhingga. 10 jam di bilik bedah, aku akhirnya selamat mnjalani transaksi pemindahan jantung itu. perasaan ini, tidak tergambar melalaui kata kata. aku selamat. kegembiraan ini dikongsi dengan sesiapa sahaja di sekeliling aku.. akhirnya!

selepas disahkan sehat sepenuhnya, aku dibenrkan keluar hospital."akhirnya! leceh gile kot kat hospital nih!"
hatiku mnjerit!untuk kepintu keluar, aku harus melintasi wad2 penyakit kronik. kaki ku seolah olah terpaku. 
ku lihat seorang remaja, mungkin sebaya dengan ku atau lbeyh kecik dr ku..sedang mmbaca al quran. melalui nada suaranya yang tersekat2, aku tahu,. dia sedang menanggung kesakitan yg teramat. tp? dia masih menunaikan kewajipan nya. sebntar kemudian, aku lihat die muntah. muntah mengeluarkan darah. namun, bibirnya tidak putus putus berzikir memuji allah, tp aku.. tidak putus2 menyalahkan takdir. aku menghampirinya. "

kamu sakit apa?" tnyaku. "barah otak"jawbnya pendek. mungkin terlalu lemah. disaat aku hendak meninggalkannya, dia bersuara:" aku disini kerana allah tahu aku kuat untuk diuji begini,. aku tidak akn berputus asa kerana aku tahu, DIA lebehy tahu mana yg buruk dan mana yg baik untkku. kamu harus bersyukur.. kamu masih boleyh bernyawa dan menunaikan tanggungjawabmu lagi di muka bumi ini. tp aku sedih,, aku sangt lemah untk berdiri menyebarkan islam. ini sahaja yg mmpu aku lakukan. melakukan solat dan membaca alquran. aku berharap mereka dapt melihat islam itu bagaimana melalui ini. kamu masih kuat. gunakan kelebihan mu menyebarkan dakwah islam. jangn berputus asa. ingtlah. rezeki allah dimana mana sahaja. yakinlah padanya disaat kamu ditemukan dengan cabaran dan dugaan. "

aku terduduk mndegr kata katanya, aku.. manusia yg tidk bersyukur. aku hidup dengn berputus asa dan sering menyalahkan takdir. nmun apabila ditemukan dengn pelangi, aku lupa untk bersyukur. ALLAh masih disisi aku. Dia ttp ada sisiku walaupun aku sudah jauh dari dia. aku malu. 

bermula dri itu, aku brjanji untk mnjdi seorang insan yg redha, muslim yg hebat, dan muslim yg kuat. syukur ya  allah.. kau masih memberiku peluang.. peluang untk terus menegakkan "haq" islam.


*semoga kita tidak mnjdi seorang hmba yg tidak reti bersyukur.. syukurlah dengan apa yg tlah diberikan pada kita. dan belajarlah untk redha dengan dugaan allah..:)



Monday, 3 January 2011

rezeki sudah dttpkan..
namun aku juga harus berusaha..
tawakal+usaha+tawakal..
kejayaan?
smuanya ditangan allah..
minggu ni aku exam.. 
kecut perot lah! 
tengok kawan2 ade yg kate mte nye dah jdi mte panda sbb study..
tp aku? msih di thp sprti dlu..
bru kli ni nk pecut.. adoyai..

*doakn saya berjaya yup.. dlm relax2 sbnbrnya jeles tengok owng study.. ttbe ase nk bkk bku.. hihi.. caw!

Saturday, 1 January 2011

manusia

mnjdi manusia.. mmg satu perkara yg hebat.. sesungguhnya kita patot bersyukur.. kerana diberi peluang mnjdi seorang mnusia. nmun, mnjdi manusia bknlah sesuatu yg percuma. kita diciptakan untuk menjadi khalifah dibumi ini (51:56), dan melaksanakn ibadah kepada ALLAH(2:30). jika kita diberi peluang mengingati smula apa yg tlah kija janjikan antara kita dan ALLAH, kita sekarang mungkin tidak mampu untuk ketawa seperti sekarang.


mari kita imbau kembali.. semasa kita di alam roh, allah bertanya kepada roh kita. "APAKAH KAMU MENGAKUI AKU INI ADALAH TUHANMU?" mereka menjawab..:"BENAR, BAHKAN KAMI MENYAKSIKANNYA." akhirnya, terungkaplah satu perjanjian yg mmbawa kita ke alam rahim.


tahukah kita? untuk masuk ke alam rahim bukanlah sesuatu yg mudah. beribu2 sperm berebut rebut untuk ke masuk kedalam ovum. hanya yg kuat yg bisa menembus masuk. dan, ternyata.. dalam beribu2, aku dan kamu adalh yg terkuat.!9 bulan dalm kantungan ibunda, tibalah saatnya kita melihat dunia. merasai keindahan dunia. diawal kelahirn, kita menangis. mungkin terkejut dengn perubahn yg mndadak. mungkin..


dan akhirnya aku disini. hidup bernyawa di atas bumi yg sudah bongkok 3 nih. bumi ini sudah tua. namun keindahan dia masih lagi mampu menguasai mata mata kami. jujurnya, aku juga sayang akn dunia. impak dunia masih bertaut di tangkal hatiku. puas ku kikis, namun masih ada. itulah realiti. menginjak 20, mataku dibuka. melihat penipuan yg disediakn dunia ini. argh.. betapa bodohnya aku. aku sangka kecelikan ku mampu melihatnya, namun.. kini aku sedar., aku sebenarnya buta. syukurlah tp. sebb aku msih diberi peluang utnk sedar. sedar bhawa kita hidup dengan BERTUJUAN. {51:56 dan 2:30}. dari al quran dan sunnah, kita belajar. dan tidak lpa,mnjadikannya sbgai manual hidup.


jam pasir terus bergerak. meninggalkan manusia yg leka dan masih tidak sedar. akhirnya, ajal mnjemput. "tiap tiap jiwa akan mati"{3.185}. benar. smua akn merasai mati. perit nya azab sakratul maut dan azab kubur.. tiada siapa yg bisa mengelak. kecuali pada orng2 yg beriman. ringan lah sakratullmautnya. "YA ALLAH, HINDARI KAMI DARI AZAB KUBUR"




untuk beberapa waktu, kubur adalh rumah kita. azab, gelap ataupun cerah nya ia, bergantung kpada amalan kita. samada ulat dan belitan ular2 di bawah tanh  itu atau al quran sbgai teman kita, bergantung juga kpda amaln kita.dan juga seberapa bnykkah  kita bertmnkn al quran sepnjng kita hidup. bila masa penghujungnya, tidak lah kita tahu. nmun, apabila sangkakala ditiup, smua manusia dibangkitkan. saat perhintungan bermula. inilah FINAL COUNTDOWN kita. akhirat. adakh kita termsuk golongan2 yg akn ke syurga? atau mnjdi peneman setia iblis dan syaitan di neraka.? wallahhualam..


*sama sama berusah mndpt keredhaan allah.