Satu hari kan, Rasullullah S.A.W dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar, Umar , Uthman ke rumah Ali. Kat rumah Ali ,isterinya Saidatina Fatimah. Fatimah pada waktu itu menghidangkan semangkuk madu yang diletakkan dalam mangkuk yang cantik. Time dihidangkan madu tersebut, terikut laa sekali sehelai rambut didalam mangkuk itu. Kemudian, Nabi pun ajak shbat2 nya berkumpul dpn mangkuk itu dan membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga bnda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut). Masing2 pun berikan pendapat .
Abu Bakar berkata “ Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”
Umar berkata “ Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorg raja itu lebih manis dari madu dan memerintah dgn adil itu lebih sukar dari meniti sehelai rambut”
Uthman berkata “ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, org yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dgn ilmu yang dimiliki itu lebih sukar dari meniti sehelai rambut”
Ali berkata “ Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang hingga kembali ke rumahnya adalah lebih sukar dari meniti sehelai rambut”
Fatimah berkata “ Seorg wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik ini, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorg wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sukar dari meniti sehelai rambut”
Rasullullah S.A.W berkata “ Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini , beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu dan berbuat amal dgn ikhlas adalah lebih sukar dari meniti sehelai rambut”
Malaikat Jibrail AS berkata “ Menegakkan rukun-rukun agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik itu, menyerahkan diri,harta dan waktu utk menegakkan agama lebih manis dari madu dan mempertahankan agama hingga akhir hayat lebih sukar dari meniti sehelai rambut”
Allah S.W.T berfirman “ SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu , dan jalan menuju syurgaKu adalah lebih sukar dari meniti sehelai rambut”
Ehem, jadi sekarang nih yang mana lebih cantik nihhh? Semua yang diatas ini cantik semua kerana merangkumi seluruh aspek kehidupan. Malah yang mengatakan jawapan itu pula bukan calang-calang individu dan yang paling penting sekali jawapan dari Allah S.W.T sebagai pencipta kita dan Dialah yang mengetahui segala-galanya. insyAllah, anda pilih la yer yg mane lebih cantik atau nak pilih semua pun bleh xde masalah J
*thanks pada seseorang kerana berkongsi.. saya copy untk sebrkn pd yg laen.. :)
0 comments:
Post a Comment